Cantik Menawan di Pagi Raya dengan Lazada

by - June 16, 2017

Greetings and Assalamualaikum to all.

Cantik Menawan di Pagi Raya dengan Lazada. Happy fasting kepada seluruh muslimin dan muslimat. Sedar tak sedar dah masuk fasa ke tiga Ramadhan, “Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu 10 ramadan yang pertama adalah rahmat, 10 ramadan yang kedua adalah keampunan dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka.” Semoga kita semua diberikan kesempatan waktu untuk melaluinya. Aminn. Selepas sebulan berpuasa, maka tibalah hari kemenangan buat kita, iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan Hari Raya Shad? Macam biasa jugak, besederhana selagi mana boleh. Tapi baju raya memang setiap tahun tak pernah miss lagi. Alhamdulillah, syukur rezeki ada baju baru. Antara amalan sunat Hari Raya ialah memakai pakaian yang indah-indah mengikut kemampuan untuk menuju ke tempat solat, memakai wangi-wangian bagi lelaki, mengerjakan Solat Sunat Hari Raya dan kita juga disunatkan untuk bergembira pada Hari Raya. 

Raya outfit

Baju Raya Shad: Tema Dusty Purple
Pakaian indah-indah Shad tahun ni tema warna Dusty Purple. Sebenarnya tak pernah nak ada warna tema, main ambik je warna apa yang bekenan. I am not a choosey person. Lepastu tak pernah ada baju sedondon raya satu family. Teringin jugak tapi rasa macam boria la pulak. Heee. So, tema baju Shad dengan family ialah tema pelangi. Colorful gitu. Pakailah apa-apa pun as long as menutup aurat, menepati Syariah dan belilah mengikut kemampuan. Setuju? 

Outfit Detail Hari Raya Shad
1. Baju Kurung Corak Bunga-Bunga
Setiap tahun pun mesti Shad buat Baju Kurung, baju tradisional wanita Melayu yang juga merupakan pakaian rasmi Malaysia. Sebab apa Shad suka buat Baju Kurung? Jimat sebab selain pakai di Hari Raya, boleh diulang pakai untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, majlis rasmi dan lain-lain. Corak bunga-bunga kecil pulak boleh menampakkan si pemakai kelihatan lebih kurus. Yeay. 

2. Shawl Dusty Purple
Manis bertudung di pagi raya dengan warna ceria. Bertambah keriangannya tu. Disebabkan Baju Kurung Raya Shad dah bercorak bunga-bunga, shawl Shad lebih suka pilih plain color. Pastel color nampak sangat cun kan. 

Okey, tak cukup lengkap lagi outfit hari raya Shad ni. Kasut dengan handbag baru tak ada lagi. Wehuu. Shad jarang shopping handbag dengan kasut. Dalam setahun tu boleh bilang dengan jarilah berapa kali beli. Bila masuk aura hari raya macam ni lah baru nak mencari yang baru. 

Outfit Raya yang Shad nak Beli di Lazada
Apa lagi, laju saja Shad bukak Lazada App nak cari kasut dengan handbag baru. Kalau nak tau, dekat Lazada Malaysia sekarang ni tengah berlangsung Marhaban Ya Ramadhan sale dan Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/). Jualan berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun dengan diskaun sehingga 90%. 

Jom kita tengok kasut dengan handbag yang Shad nak beli di Raya Fashion Lazada. Boleh klik di (link). Shop Your Raya Look with Discount up to 80%

Outfit Raya

1. Bata Comfit - Olivia (Brown)
Harga: RM48.59 after -19% discount

Kasut jenama Bata memang semua sedia maklum, selesa dan ringan bila dipakai. Berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Raya Aidilfitri sekali dengan Aidiladha, kasut sama. Hehe. Jimat cermat amalan mulia.

Outfit Raya

2. SoKaNo Trendz SKN824 European Designed Luxury Top Handle Tote Bag
(Set Of 3)- Blue
Harga: RM49.90 after -62% discount

Handbag ni value buy. Beli set terus., 3 dalam 1. Harga pun murah. Kualiti terbaik sebab Shad pernah beli beg jenama sama, Sokano di Lazada awal tahun baru ni. Hehe. Memang good quality, sebab tu tak ragu-ragu nak grab lagi. 

Okey, dah lengkap dah Outfit Raya Shad. Cantik menawan di pagi raya dengan Lazada. Jom shopping di Lazada. Diskaun sehingga 90% ditawarkan sempena Riang Ria Raya Sale.

You May Also Like

3 Comment

  1. Cute corak bunga kecik kecik..
    Nona pon corak corak, tapi tak bunga sangat...~
    Meh bacaaa~

    http://nonasani.blogspot.com/2017/06/baju-raya-nona-tahun-2017.html

    ReplyDelete
  2. Wow.. cntik... Berseri la hari raya nty...

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You