#HURT Aku Terluka Kerana Melukaimu
Greetings.
#HURT Aku Terluka Kerana Melukaimu. TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.
“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib
Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.
“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Missus Shafiq.” - Shafiq
Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.
“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib
Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.
Okey, yang atas tadi ialah sinopsis belakang cover novel #HURT karya penulis kesukaan Shad, Rehan Makhtar. Shad memang follow blog WRehan dari cerita Syaima' dengan Budriz (Suami Tak Kuhadap) lagi. Shad sangat suka dengan gaya penulisan Rehan Makhtar. Ada elemen surprise yang tak dijangka, ada twist, jalan cerita tak berat, ada diselitkan unsur nasihat dan yang paling penting, ada 'isi' yang nak disampaikan kepada hati-hati yang membaca. RM pandai selitkan elemen Islamic yang buatkan hati kadang tersentap, otak waras juga berfikir.
#Hurt
Dunia kecil Aatiq dan ibu yang dahulunya penuh warna warni, kini suram tak bercahaya. Aatiq hanya mengangguk dan mengiakan apabila pertuduhan dibacakan ke atasnya. Ibu tahu Aatiq tak sengaja, dan doa ibu semoga Aatiq kuat hadapi dugaan, semoga semuanya baik-baik sahaja. Betul Aatiq tak sengaja, tapi tangan dia yang melakukan. Aatiq anggap diri dia pendosa, dan watak dia buat Shad percaya yang kita semua pernah melakukan dosa. Tiga tahun di dalam tahanan, buat Aatiq banyak belajar. Belajar erti hidup. Belajar erti untuk lebih menghargai setiap helaan nyawa dan setiap saat bersama ibu. Belajar untuk lebih sabar. Kerana dia tahu, sifat sabar yang nipis tiga tahun lalu, telah mencampak dia ke dalam, dan kerana kurang sabarnya dahulu, tangan itu tanpa sengaja telah membunuh.
Berakhir tiga tahun, Aatiq keluar dengan harapan baru, hanya satu, dia nak bahagiakan ibu, dia nak cari kerja, dia nak mulakan hidup baru. Tapi semua tu bukan semudah yang diucap. Tiada siapa yang mahu menggaji orang yang macam dia. Sampah masyarakat. Yang patut dihina, dikeji. Hanya berbekalkan sijil bekas pelatih Sekolah Henry Gurney, dia dipandang sepi. Tapi siapa sangka, rezeki Allah itu Maha luas, untuk hamba-Nya yang berusaha.
Pertemuan yang tak dijangka, menemukan Aatiq dan Raqib. Hadir Raqib yang dia tak tahu entah siapa menjadi tanda tanya. Bias amarah dan benci jelas tergambar di wajah Raqib.
“Awak ni nak apa daripada saya sebenarnya?” Terkejut bukan kepalang dia bila lelaki asing ni begitu berani melelar lengannya.
Sudahlah bertegur tanpa amaran. Dia tak kenal pun. Mungkin wajah ini hadir dalam ribuan manusia yang pernah berselisih dengan dia tapi dia tak pernah tahu siapa lelaki ini.
“Rasanya saya tak berhutang apa-apa dengan awak. Baik awak lepaskan sebelum saya…” Dia cuba rentap tangannya, tapi semakin kejap pula dicengkam.
“Jerit?” Kening lebat Raqib terjongket tinggi. Dia gariskan senyuman senget. Cukup tajam dan mengilukan pada pandangan Aatiq.
“Berani kau cakap kau tak ada hutang apa-apa dengan aku sedangkan aku tak fikir kau mampu bayar hutang kau pada aku biarpun kau hidup 1000 tahun,” bisik Raqib. Begitu tajam menusuk gegendang telinga Aatiq.
Raqib benci lihat Aatiq tersenyum. Raqib diamuk amarah bila Aatiq terlihat bahagia sedangkan Aatiq dah bunuh bahagia Raqib dan sekeluarga. Raqib yang dahulunya seorang yang mesra, sopan tutur katanya, selepas diuji dengan kematian adikya Raisya dan disusuli pemergian mama, dia berubah. Tapi perubahan dia kearah ruang yang gelap tak bercahaya. Hidup di dalam dunia yang penuh dengan benci, dendam dan amarah. Jauh dari jalan Tuhan.
“Abang tak pernah biarkan dia sendiri, bah. Abang akan jadi bayang-bayang dia, bah. Biar dia rasa dia adalah manusia paling malang dalam dunia ni. Biar dia rasa kesal dilahirkan ke dunia,” luah Raqib tenang tapi di sebalik ketenangan itu, wajah tampan itu jelas diamuk marah.
“Abang tak mungkin lupa, bah. Sakit dalam dada abang ni, kenapa mesti abang nak tanggung sorang? Kenapa mesti abang nak biarkan dia gembira lepas apa yang dah dia buat? Abang tak akan bagi dia senyum sepanjang hidup dia. Abang tak izinkan!”
Senyum Aatiq mungkin ada terbias di wajah, tapi di dalam hati siapa yang tahu. Tak pernah sesaat Aatiq tak menyesal, tak pernah sesaat Aatiq berhenti menyalahkan diri sendiri. Tidur malamnya tak lena dibayangi mimpi ngeri dan penuh sesalan. Kalau bukan sebab ibu, dah lama Aatiq kejam dan jahil merenggut nyawa sendiri.
Raisya adik Raqib. Fakta yang satu itu buat Aatiq sedar. Ya, dia memang berhutang dengan Raqib. Walau 1000 tahun, dia tak akan mampu untuk membayarnya. Tiga tahun belum cukup untuk hapuskan segala luka yang dia hadiahkan buat Raqib.
"Maafkanlah dia, abang. Boleh jadi dia juga begitu menyesali diri sendiri. Boleh jadi, dia juga lebih marah pada diri dia sendiri berbanding dengan abang marahkan dia. Abah bukan apa...." Tubuh Haji Razali berpaling empat puluh lima darjah pada Raqib yang nampak keliru.
"Benci orang begitu teruk, bila Allah balikkan hati abang menyayangi..... Masa tu, jangan kata dia. Tapi abang sendiri yang sakit."
Kadang-kadang yang saling membenci itu perlu didekatkan agar saling kenal hati masing-masing dan tahu rahsia apa yang tersimpan dalam hati masing-masing.
Mata tua memang pandai menilai. Disebabkan itu Haji Razali adalah orang yang bertanggubgjawab membawa Aatiq lebih dekat kepada Raqib. Kata hati abah kuat mengatakan, Aatiq memang tercipta buat Raqib. Dan ibu juga tahu, Aatiq sayang dengan tuan muda Raqib.
"Kenapa kau bunuh adik aku?"
"Kalau saya cakap bukan salah saya pada mulanya, Encik Raqib nak percayakan saya?" tanya Aatiq kembali.
Dahi Raqib berkerut seketika sebelum dia menggeleng tak puas hati.
"Macam mana kau nak aku percaya yang kau tak salah pada asalnya sedangkan kau ialah orang yang menerima hukuman..."
"Sebab hidup di dunia ni, di bawah undang-undang yang manusia tetapkan.... Yang mahkamah putuskan itulah kebenaran. Dan sayalah kebenaran kesilapan tu apabila saya dijatuhkan hukuman. Jadi saya tak ada jawapan untuk soalan Encik Raqib. Saya mengaku dengan segala pertuduhan. Saya jalani hukuman. Semuanya Encik Raqib dah tahu. Tak ada apa tersisa untuk saya jawab." Sebu dada Aatiq.
Raqib benci tapi dia tak sedar dalam dia membenci, ada rasa lain yang datang meniup ke dalam hatinya. Dia benci tapi dia ambil berat. Dia marah tapi dia risau bila Aatiq ditimpa musibah. Hati dia rasa terluka bila Aatiq menangis. Dia menidakkan rasa itu. Dan akhirnya dia kalah dengan rasa hati sendiri. Raqib cinta Aatiq.
Mata redupnya terus merenung titisan jernih yang masih berbaki pada pipi Aatiq dan sedang melalui bibirnya yang pucat. Jari telunjuk Raqib lurus. Bergerak ke depan perlahan, mahu menyentuh pipi Aatiq dengan hujung jari. Akhirnya, disentuh titisan itu. Bagai terkena renjatan. Tapi dia bertahan.
Air mata ini air mata tipu. Jangan kaburi mata kau Raqib. Jangan!
"Jangan nangis!" Amaran itu bergema lagi. Tapi lebih lembut daripada kebiasaannya.
Aatiq menapak ke belakang setapak. Tapi jari Raqib masih cuba menggapai.
"Jika Encik Raqib pernah cakap.... jiwa Dan jasad saya milik Encik Raqib, air mata ni milik saya. Encik Raqib tak ada hak nak sekat."
Mata mereka bersabung. Kata-kata abah dan jeritan Raisya terngiang di dalam minda. Wajah murung mama galak menari dalam minda. Saat ini... wajah tangis Aatiq menguasai ruang.
"Memang kau boleh menangis keluar air mata darah sekalipun..." Dilarikan anak mata meliar ke seluruh wajah sayu itu.
"Aku tetap rasa air mata kau tu tipu!" Raqib berbisik tajam. Mata mencerun tepat pada anak mata Aatiq yang berkilau dengan tangis.
"Tapi, kenapa bila air mata murah kau ni menitik..." Lama Raqib jeda. Berkira-kira, perlu ke dia ucapkan ini?
Dia cuba mebahan.... Tapi... akhirnya...
"Kenapa hati aku turut sakit?"
"Rasanya sekarang, dah sampai masa untuk Raqib tahu. Kita tak boleh biarkan dia terus salahkan kepada yang tak sepatutnya."
"Tapi Aatiq sendiri tak nak Raqib makin kecewa, tuan haji.." Mendatar suara Mak Yam menyekat permintaan Haji Razali.
Aatiq terlanjur laku sebab layanan buruk arwah Raisya kepada Aatiq. Betapa seksanya hidup Aatiq selama mengenali Raisya. Segalanya bermula dengan Raisya. Pergaduhan kecil yang akhirnya membawa kepada kecelakaan apabila Raisya terjatuh dari tingkat 4 sekolah. Tetapi Aatiq memilih untuk terus dibenci. Biar Raqib menganggap dia berperangai seperti syaitan, asalkan Raqib tahu yang arwah Raisya itu baik orangnya.
"Dia akan sedih sangat, bu. Raqib akan lebih luka jika dia tahu perangai sebenar Raisya andai nak dibandingkan dia sakit dengan apa yang Aatiq dah lakukan. Dia akan kecewa. Dia akan salahkan diri sendiri, bu. Aatiq..... Tak sanggup tengok dia sakit lagi. Aatiq tak sanggup." ulang Aatiq dalam esakan.
"Tuan haji.." Langkah Haji Razali mati. Dia berpaling penuh kepada Mak Yam.
"Aatiq tu suka dekat Raqib. Sebab tu dia terima apa adanya kemarahan Raqib kepada dia..Aatiq tu..." Mak Yam jeda beberapa saat. Bibir tuanya tersenyum.
"Dia cintakan Raqib."
Terentang kerut pada dahi Haji Razali. Tapi, seketika dia lebarkan senyuman. Masya-Allah, hebatnya percaturan.
"Akan ada kesudahan yang baik kepada hamba-hamba yang berharap hanya kepada Dia, Yam." Jari telunjuk Haji Razali lurus ke atas.
Bagai ternampak sinar harapan. Cuma berharap moga Raqib juga sedar kehadiran Aatiq yang akan menjadi pelengkapnya.
##############################
Pandangan di alih ke riba. Dipegang kotak pertolongan cemas itu kemas. Puas ditahan tapi menitis jua air matanya setitis."Kut ya pun awak benci saya, terlalu sibuk perhatikan setiap gerak-geri saya, terlalu sibuk 'jaga' saya... Awak kena jaga diri sendiri juga. Awak kena sihat. Kena makan. Kena cukup tidur. Sebab..."Saat ini, Aatiq ukir senyuman tipis. Dia berpaling lama pada wajah it. Jika mata kuyu itu terbuka lebar, sesaat pun dia tak berani merenungnya. Syukurlah apabila Tuhan bantu dia untuk bantu Raqib."Macam tu, barulah awak boleh balas dendam kepada saya. Barulah awak boleh seksa hidup saya. Kalau awak tak sihat, macam mana semua yang terbuku dalam hati awak nak lepas? Janji dengan saya Raqib..." Perlahan dia sebut nama itu.Sesekali terasa rindu benar bibirnya mahu mengucapkan nama itu tapi sayang, antara mereka punyai tembok yang begitu tebal dan tinggi hinggakan Raqib tak pernah dengar suaranya menyeru nama lelaki itu berkali-kali."Janji yang awak akan sihat sentiasa. Jika tiga tahun awak menderita, dah sampai masa derita itu jadi milik saya semula."Ya, semula. Kerana dia ingatkan segalanya pulih seperti sedia kala apabila dia terkurung di dalam penjara tahanan juvana sana. Rupa-rupanya, yang menanti ini sudah cukup menjanjikan yang dia tak akan damai selamanya.
Raqib mula membuka hatinya untuk Aatiq, dia sedang belajar untuk memaafkan dan melupakan, dia sedang belajar menerima kerana dia kini dah menjadi seorang pencinta. Tetapi nasib tidak menyebelahi Raqib bila Aatiq dengan bulat hati ingin pergi mencari ketenangan jauh dari keluarga setelah kebenaran terungkai. Jika itu pilihan Aatiq, Raqib merelakan. Tetapi Raqib tak akan pernah berhenti berharap. Mungkin Aatiq masih perlukan masa dan dia juga perlukan masa. Andai jodoh tak ke mana. Hikmahnya, Allah pandu hati Raqib untuk berubah.
"Bos akan lukakan hati sendiri..."
"Daripada biar dia terluka. Saya nak terluka bersama dengan dia...""Bos?" Terkejut Shella dengan kata-kata Raqib."Bos tak akan mampu hadap orang yang buat keluarga dan adik bos...""Saya tengah belajar untuk hidup dengan dia, Shella. Yang saya tak tahu adalah macam mana cara untuk hidup tanpa dia lepas ni," akui Raqib tanpa silu."Saya memang tak nak sesiapa tahu tentang masa lalu dia Shella. Saya nak lupakan dan saya nak ajak dia lupakan semuanya. Semuanya. Saya nak mulakan semula. Sebab..." Bibir tipis Raqib koyak dengan senyuman tawar."Saya cinta dia," akui Raqib separuh berbisik.
Setengah tahun Aatiq bawa diri, akhirnya takdir menemukan dia dengan Raqib semula. Dengan restu abah, doa dan kasih ibu, Raqib menjejaki Aatiq di bumi Kemboja. Dengan harapan ingin membawa Aatiqnya pulang ke pangkuan keluarga. Puas di pujuk, akhirnya Raqib mengalah. Walaupun pulang tanpa Aatiq, tapi dia pulang dengan kejayaan. Dia lepaskan Aatiq dari segala dendam dan benci yang tersisa antara mereka.
Kalau dah jodoh, tak ke mana orang kata. Dan terima kasih kepada Syafiq, sebab menjadi seorang sahabat yang sangat memahami. Ending? Of course happy ending. Sebelum nak sampai happy ending tu, memang banyak lap air mata. Sediakan tisu k.
Baca Online Novel #HURT
Prolog I, II, III, Bab 1 - Bab 2 - Bab 3 - Bab 4
Bab 5 - Bab 6 - Bab 7 - Bab 8 - Bab 9 - Bab 10
Prolog I, II, III, Bab 1 - Bab 2 - Bab 3 - Bab 4
Bab 5 - Bab 6 - Bab 7 - Bab 8 - Bab 9 - Bab 10
Untuk karya #Hurt, Shad sangat recommend kepada anda yang nak feeling baca novel sambil lap air mata kesedihan dan keinsafan. Bacaan yang ringan dan tak complicated. Kalau anda benar nak selami hati seorang pesalah juvana, #Hurt boleh jadi titik pemula. Kalau anda nak menjelajah hati seorang pembenci yang kemudian Allah balikkan hatinya untuk menyayangi, #Hurt ada untuk diterokai. Hidup ni, tak sudah dengan marah, tak bahagia dengan dendam, tak tenang dengan kebencian. #Hurt adalah kisah dua hati yang terluka, tetapi saling kasih dalam diam. Disebabkan luka itu, masing-masing memilih untuk bawa haluan masing-masing. Haluan mencari masa bertenang. Haluan mencari Tuhan. Dan ketahuilah, setiap yang berlaku it pasti ada hikmahnya.
Siapa kita nak menghukum dan menilai seseorang. Kita tak ada hak langsung, kerana kita semua hamba. Kita pendosa. SEMULIA manakah manusia yang tidak dicup bekas tahanan juvana atau banduan? Dan SEHINA mana manusia itu bila dijatuhkan hukuman atas kesilapan yang tak disengajakan? Syurga kelas pertama? Siapa penghuni neraka? Kita bukan penentunya. Selami dan hayati kisah Raqib Dan Aatiq dalam naskah #Hurt. My rating for #Hurt: 5/5
3 Comment
terbaik
ReplyDeleteBest..
Deletemy rate for this book..5/5..klau bagi 10..i will give 10/10..mmg best dan trbaikjj
ReplyDeleteGreetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You