“Asyraf Tidak Seperti Dahulu Lagi” - Datuk K

by - February 25, 2022

“Asyraf Tidak Seperti Dahulu Lagi” - Datuk K. Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat bersama dengan Datuk K dalam majlis sambutan Hari jadinya baru-baru ini. Terdapat juga anak datuk K iaitu Asyraf. Dikatakan Ashraf sekarang tidak sama seperti dahulu lagi dan hal ini diluahkan sendiri oleh Datuk K dalam sebuah video yang telah dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Berubah bagaimana? Jika perubahan yang lebih baik tidak mengapa. Takut-takut hal lain pula. Jom teruskan membaca, pasti anda pun tak sabar nak tahu.


Perubahan Asyraf Kini Didedahkan
Dahulu Asyraf Khalid dilihat tidaklah seperti sekarang kerana dahulu beliau mencari kehidupan dan perniagaan untuk dijadikan kerjaya. Tetapi kini perniagaan Asyraf dan isterinya dia telah mendapat tempat di Malaysia. 

Bukan itu sahaja, hanya dalam masa tiga tahun sahaja mereka berjaya membuat jualan berjuta-juta serta kehidupan berubah. Perubahan ini bukan sekadar kejayaan perniagaan, tetapi melebihi segalanya. Dari aspek kehidupan yang lain, tanpa bimbingan Mentor yang betul. Asyraf tidak mungkin berjaya seperti sekarang. 

Kita lihat ramai orang kaya di luar sana yang hanya mempunyai banyak wang tetapi lupa tentang kehidupan. Berbeza dengan sikap Asyraf yang sangat rendah diri dan sering membantu ramai orang di luar sana untuk turut berjaya sepertinya. Amat berbeza dirinya dulu dan sekarang.


Ujar Asyraf: 
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.” 

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.” 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.” 

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,”


Kejayaan Asyraf Hasil Bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman
Apa yang telah berlaku pada beliau sebelum ini adalah beliau mencari-cari kejayaan tapi amat sukar untuk ditemui, akhirnya beliau membina sendiri kejayaan dengan bimbingan yang diberikan dalam sebuah kelas bimbingan usahawan. 

Kelas Bimbingan Usahawan yang dibimbing terus oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman ini sebenarnya adalah penguat kejayaan beliau. Sejak mempunyai mentor perniagaan, segala keputusan penting yang dilakukan juga dipantau oleh mentor. Itu menyebabkan Asyraf tidak melakukan kesalahan yang banyak dalam perniagaan.

Umum juga tahu bahawa Datuk Wira Dr Azizan Osman pakar dalam melahirkan jutawan perniagaan kerana beliau telah membimbing ramai usahawan malah telah melahirkan ratusan usahawan jutawan yang berjaya. 

Dalam video baru-baru ini datuk K telah melahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana melihat perubahan anaknya. Datuk K juga sangat terinspirasi dengan apa yang dicapai oleh anaknya asbab belajar dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Beliau melihat dengan lebih dekat lagi apa yang dilakukan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Jelas sekali, ini adalah apa yang beliau dapati: 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” Ujar Datuk K


Usahawan Perlu Jadikan Iktibar Dan Semangat

Perkongsian Datuk K ini menunjukkan bahawa Datuk Wira bukanlah sekadar mengajar ilmu perniagaan dan pemasaran sahaja tetapi Datuk Wira membimbing usahawan lebih daripada itu. Jika usahawan jatuh, Datuk akan tarik tangan untuk naik semula.

Jika mereka tersalah langkah, Datuk Wira akan tunjukkan langkah yang betul. Jika mereka melakukan perkara yang tidak tepat, Datuk Wira akan memberi tunjuk ajar sejelas-jelasnya kepada mereka. Tidak hairanlah kenapa ramai perniaga yang ingin bermentor kan Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Asyraf juga rasa sangat bersyukur kerana mempunyai kumpulan usahawan untuk belajar bersama. Hebatnya usahawan-usahawan di bawah bimbingan Datuk Azizan Osman ini benar-benar membantu sesama yang lain untuk berjaya. Walaupun mereka telah mencapai kejayaan yang banyak dengan hasil jualan yang tinggi tetapi mereka sangat rendah diri dan sentiasa aktif berkongsi ilmu.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” Ujar Datuk K 

Itulah yang turut dikatakan oleh Datuk K terhadap semua usahawan di luar sana, membantu usahawan yang ingin berjaya bersama-sama naik akan membuatkan kita berjaya juga. 

Sekiranya kita sudah berjaya, jangan kita lupa kepada mereka yang ingin berjaya dan tengah berusaha keras seperti kita dahulu. Nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan kelas dan program bimbingan usahawan RichWorks, Jom layari www.richworks.com

You May Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You