Antara sifat ITHAR dan ANANIYYAH, di manakah kita?

by - December 22, 2012


Antara sifat ITHAR dan ANANIYYAH, di manakah kita?



Mementingkan Orang Lain daripada Diri (Ithar الإيثار)

Sikap mengutamakan orang lain dikenali sebagai al-ithar. Ia adalah sikap melebihkan orang lain atas dirinya sendiri. Sifat ini termasuk sifat-sifat mahmudah disukai oleh Allah subhanallahu wa taala & manusia. Allah subhanallahu wa taala memuji orang-orang Ansar kerana mereka memiliki akhlak mulia, antaranya sifat ithar.

Mengutamakan orang lain atas diri sendiri digalakkan pada perkara duniawi. Adapun dalam masalah ketaatan kepada Allah subhanallahu wa taala, kita diperintah untuk berlumba-lumba padanya, Allah subhanallahu wa taala berfirman; "Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan." 
[al-Baqarah, 2 : 148]

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah; "Seandainya manusia tahu apa yang ada pada azan & saf pertama (dari pahala) kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya kecuali dengan undian, nescaya mereka akan melakukan undian." 

Maksudnya disini,kamu berada di saf pertama dalam solat.. Kemudian seseorang masuk dan kamu berpindah dari tempatmu dan mengutamakan orang lain di saf pertama tersebut..Sebahagian ulama memakruhkan hal ini.. Allahua'lam..

Oleh kerana itu, melebihkan orang lain atas dirinya sendiri terbahagi kepada tiga;

1) Sangat digalakkan pada perkara yang bukan ibadah seperti kita memberikan makanan kepada orang lain yang lapar padahal kita sendiri juga lapar.

2) Makruh melebihkan orang lain pada perkara sunnah seperti kita mampu berdiri di saf pertama dalam solat, namun kita mempersilakan orang lain.

3) Dilarang mengutamakan orang lain pada perkara yang syariat mewajibkan atas kita seperti memberikan air untuk berwuduk kepada orang lain sedangkan kita perlukannya untuk berwuduk.

Justeru, dalam kehidupan seharian kita perlulah memberi keutamaan kepada orang lain kerana ia membawa kepada ketenangan kebahagiaan & keharmonian di samping saling menghormati sesama manusia. Orang yang tidak bersedia memberi keutamaan pada orang lain itulah yang mementingkan dirinya sendiri.


Mementingkan Diri (Ananiyyah الأنانية)

Sikap mementingkan diri sendiri dikenali sebagai ananiah. Sifat 'keakuan' atau mementingkan diri serta megah, sombong & tinggi diri. Manusia makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada siapa yang mampu hidup bersendirian..Apa sahaja milik kita hanya pinjaman dan diberikan oleh Allah untuk berkongsi..Banyak natijah buruk lantaran kesan sikap yang tidak baik ini antaranya menyebabkan berlakunya kerosakan, huru-hara & menimbulkan perasaan benci & dendam.

Oleh itu, hindarilah sikap mementingkan diri sendiri & sikap ananiah di dalam hati. Hiasi diri dengan sikap selalu mengutamakan orang lain, insyaAllah, kita akan menjadi manusia yang baik & bermanfaat untuk orang lain.

Benarlah sabda Nabi salallahu 'alaihi wasallam; yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah;
"Sesiapa yang merendah diri kerana Allah, maka Allah akan mengangkat darjat mereka, sebaliknya orang yang sombong, Allah akan menghinakan mereka."

Golongan kafir dikritik hebat kerana sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri.. Matlamat di sisi mereka boleh menghalalkan cara asalkan apa yang digemari nafsu dapat dipenuhi. Itulah punca fasad di muka bumi, apabila perubahan dilakukan demi memenuhi selera sendiri.

Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang tidak mengerti." (Surah al-Hasyr 59; 14)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang terlalu mencintai diri sehingga membawa kepada mengutamakan kepentingan diri sendiri..

Ya Allah, jadikanlah kitab al-Quran itu hujah (shafaat) buat diri kami, bukanlah hujah (azab) ke atas diri kami.
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami sama ada yang kami sedar mahupun tidak.
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang benar. Jalan yang Kau redhai bukanlah jalan yang Kau murkai.
Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.
Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami dalam agama-Mu dan amalan taat kepada-Mu.
Ya Allah, perkenankan doa kami...


#Muhasabah diri serta eksplorasi hati..Tegur diri ini jika terdapat sebarang khilaf dan kesilapan yang dilakukan.. =)

credit to :Cik Farahazwin Slaiman.

You May Also Like

1 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You