Study Week | Fighting for Final Exam

by - December 24, 2012


Study Week | Fighting for Final Exam

Buku Web Programing yg setebal 1K muka surat

Assalamualaikum followers, bloggers, viewers semua.. Harapnya korang semua sihat, dan make sure jaga kesihatan. Sekarang ni musim hujan, karang terjatuh sakit-deman, sape susah?. diri sendiri jugak... So, hari ni macam nak merepek-meraban sikit.. Sape yang tak suka baca entry pasal personal life somebody, tak pe, tak pe, boleh close this tab.. ahaaaaaaaa... poyo tak ayat.. alahai, abaikan semua tue.. So sekarang ialah, minggu STUDY WEEK.. Study week ey ?? study ke ? mcm menentang hukum alam je study time study week..ehehe.. ahaaa.. admit it, korang pun same kan? kan? -- ke aq sorang je macam tu-- ok, abaikan.

Orang cakap, "Better late then NEVER, but it is better to NEVER BE LATE." Kan, so kepada sape2 yang rasa malas nk bukak buku --macam aq jugak-- sila insaf okey.. Ingat kejayaan tu nak datang bergolek ka kalau tak USAHA? Kan sekali dah kena basuh otak dengan clorox, best jugak.. macam yg aku kena... nasib badan, tapi apa2 pun nak ucap terima kasih, sbb caring, macam ni la baru i sayang... kita kena saling nasihat-menasihati kan?. betul tak?


Nasihat Kak Ariah kat dhira

So, jangan malas-malas ok. Beringat sebelum Terlambat. Bear in our mind (especially aq), empat benda nie, NIAT - DOA - USAHA - TAWAKKAL pada ALLAH SWT.. cewah, pandai kau nasihat diri sendiri ye dhira. Tapi buat tak jugak.. hampeh jer.. korang jangan jadi macam dhira ok..player.. Final exam...! ingat,natijah Allah da sediakan untuk kita,yang penting niat kita study sebab Allah, sebab Allah suka orang yang berusaha sebaik mungkin dalam semua perkara pun..=)

Jalan punya jalan dekat facebook tadi, jumpa note best nie, so dhira kidnap, 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Hurm, dah lama kot tak qiyam. Dulu kat asrama, time skolah menengah ada la buat, tu pun sebab ada program. Masuk U, buat time nak exam ja (time mcm skrg la), Ngaaa... memang player. Gaya Allah tak tak tau je apa yg ada dalah hati tu, Shadhira. Fake it till u make, kena paksa amalan ni sampai jadi darah daging. May Allah bless. Kena bersyukur Shadhira, kau tu hamba Allah ja.Macam bercinta, tak perlu ada sebab untuk jatuh cinta. It's just there, Just happen. Macam tu jugak dengan qiyam, patutnya tak perlu kot ada sebab2 yang khusus nak qiyam. Tanda syukur. Tak salah kan? Ngaaaaa.. dasyat kau bagi tazkirah kat diri sendiri Shadhira.. Nah, aq memang addicted dengan novel-Hlovate, sampai boleh ingat barisan ayat dia, dan tertulis kat sini..

2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Haaaa,, yang ni memang tak tinggal, mak Dhira penah cakap, kalau sehari kita tinggal Quran (maksudnya tak baca), Quran tinggalkan kita ataupun Quran tak nak kawan dengan kita 10 hari,, eh, tak mau la macam tu kan.. Penenag hati tue, sbb Allah dah cakap dalam surah Al-Waqiah, ayat 22, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Haaa kan, sapa tak nak kalau hati tenang ja.. 


3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Haaaa.. solat sunat dhuha.. yang ni, mak dhira pesan, kalau tak sempat buat hari2, at least buat la dua-tiga kali seminggu, tak dapat jugak buat la sekali seminggu, tak susah mana pun kan. Memang la sunat saja kan, tapi benefitnya banyak. Sungguhlah, kita mmg patut bersyukur, senang2 saja Allah nak bagi pahala kat kita kan, tapi kita?.. tak nampak semua tue.. Allahuakbar, Syukur Ya Allah, Alhamdulillah. Terima kasih sebab bagi nikmat yang tak terhingga..

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Haaaa.. kan. Allah suka orang yang bersedekah. Mak dhira cakap lagi, kalau kita selalu bagi sedekah, rezeki kita makin bertambah. Ya lah, kalau ikut logik, dah kita bagi, bagi, dan bagi, patutnya macam kurang la harta benda kita. Tapi, Allah tu kan Maha Kaya, Maha Kuasa. Kita maybe tak nampak hari ni, rezeki yang akan Allah bagi, but one fine day, kita akan mengucapkan kata syukur. Allah bagi kita kesihatan yang baik, itu rezeki. Allah bagi kita ketenangan hati, itu rezeki. Allah bagi umur yang panjang, itu rezeki. Itu nikmat. Alhamdulillah.. 

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. 

Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. Allahuakbar, bertuahnya kita sebab Allah sayang, malaikat tolong doakan hanya dengan kita berwuduk.. --okey, nak nangis boleh tak--

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... jom sama2 istighfar, sbb kita ni manusia biasa, buat dosa selalu, tapi kita tak sedar kan.. --itu dhira la tu--

Dah macam tazkirah la pulak, padahal tajuk kat atas kemain, final exam, study week bagai.. Alahai, terkeluar tajuk. Apa-apa pun mana yang baik tu datang dari Allah, dan semua kelemahan tu, atas diri Dhira. Apa yg baik tu ambik, apa yg buruk tu tolak ke tepi ya.. Sama-samalah kita mengejar cinta Allah. Syurga Allah.. So, selamat BerStudy dan selamat menjawab Final Exam.. Fighting!!



Wallua'lam.
Ikhlas dari, Shadhira.
Alahai, ingat kau artis ka Shadhira.. :) --abaikan--

You May Also Like

2 Comment

  1. .beehaa pon exam.. hujung tahun ni pastu sambung tahun depan examnyer.. fuhh!! dua tahun tu exam..hohoho..All the best for exam.

    ReplyDelete
  2. @Bee Haa waaa... dah tak lama tu biha.. hujung tahun dah nie.. hehe.. good luck jugak kat beehaa. :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You