Tips Kekal Sihat, Segar dan Bertenaga ketika Puasa
Greeting and Assalamualaikum to all.
Tips Kekal Sihat, Segar dan Bertenaga ketika Puasa. Bulan Ramadhan tiba lagi. Today is the second day of fasting. How's your day. Alhamdulillah and Thankful to Allah for the time being. Apakah cara untuk kekal sihat dan segar ketika puasa? Sebab pastinya bulan Ramadhan atau ketika berpuasa ketahanan badan kita berbeza daripada biasa. Jom ikuti tips kekal sihat dan segar ketika berpuasa di bawah. Semoga bermanfaat.
Kurma dan Kismis
Masuk sahaja bulan puasa, memang tak akan termiss dengan buah kurma/ tamar dan kismis. Buah kurma antara yang memang confirm akan ada dalam peti sejuk dekat rumah kita bila tiba bulan puasa. Kurma dan Kismis merupakan buah yang berkhasiat untuk menambah tenaga kepada badan dan juga bagus untuk minda. Tips pertama untuk kekal sihat dan segar di bulan puasa ialah dengan mengamalkan pemakanan buah kurma dan kismis ketika bersahur dan berbuka puasa. In the same time, ia boleh membantu menguatkan ingatan kita juga. Student, take note.
Pemakanan yang Berkhasiat
Pemakanan yang berkhasiat sangat penting dalam rutin seharian kita tak kira sama ada bulan puasa atau sebaliknya. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga, makanan yang mengandungi protein dan juga vitamin. Make sure jangan skip sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang mengandungi banyak kolesterol tidak digalakkan ketika berbuka atau bersahur kerana ia boleh menyebabkan kita berasa mengantuk dan malas. Tahap tumpuan kita pun mungkin boleh jadi berkurangan.
Makanan dan Minuman yang Memberi Tenaga
Rasanya yang ni mesti semua tahu. Dekat pasaran sekarang kan ada macam-macam produk minuman dan makanan yang mampu memberi tenaga dalam masa yang sama memberi kesihatan yang baik kepada badan. Boleh ambil makanan dan minuman tersebut semasa bersahur untuk memberi tenaga pada siang harinya. At least kita tak rasa lemah semasa waktu siang dan lebih bersemangat.
Banyak Minum Air Kosong
Air kosong sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita digalakkan meminum air kosong sebanyak 8 gelas sehari untuk membantu kestabilan tubuh badan. Dan bulan puasa bukanlah alasan untuk kita kurang meminum air kosong. Amalkan meminum air kosong pada waktu bersahur lebih banyak untuk memastikan tubuh kekal segar, cergas dan bertenaga di siang hari.
Rehat dan Tidur yang Cukup
Pada bulan puasa, kebiasaannya kita akan bangun seawal jam 4 atau 5 pagi untuk menyediakan juadan bersahur dan bersahur. Keadaan ini mungkin akan membuatkan tidur kita tidak cukup. Tips yang disarankan ialah tidur malam lebih awal lagi supaya lepas waktu bersahur, badan akan lebih cergas dan bertenaga untuk melakukan aktivi di siang hari.
Aktiviti yang Sesuai dan Mudah
Pada waktu siang terutamanya tengah hari, mesti terasa mudah mengantuk. Pada waktu siang sebaik-baiknya diisi dengan melakukan aktiviti yang ringan. Jika anda seorang student, pada siang hari berpuasa, sebaiknya melakukan kerja atau latihan yang mudah dan ringkas kerana otak mungkin kurang aktif untuk berfikir. Selepas solat sunat terawih dengan keadaan perut yang sudah terisi dan badan lebih cergas, sesuai untuk menelaah pelajaran, menghafal atau membuat latihan yang lebih sukar.
Kurangkan Aktiviti Luar
Bagi yang sukakan aktiviti luar yang lasak, bersukan atau sebagainya pada waktu petang, seeloknya dikurangkan pada hari berpuasa untuk mengelakkan tenaga cepat habis. Bila tenaga dah kurang, akan terasa perasaan malasnya nanti. Save tenaga anda untuk kekal cergas.
Sekian tips untuk kali ni, semoga bermanfaat untuk semua. Selamat berbuka puasa buat muslimin dan muslimat tak kira di mana anda berada.
Sekian tips untuk kali ni, semoga bermanfaat untuk semua. Selamat berbuka puasa buat muslimin dan muslimat tak kira di mana anda berada.
0 Comment
Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You