Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum | Beauty Review
Greetings and Assalamualaikum to all.
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum | Beauty Review. Memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat merupakan impian semua wanita. Bahkan kaum lelaki juga tidak terkecuali. Wajah yang cantik dan bebas cela boleh dikatakan dapat meningkatkan self-confident level/tahap keyakinan diri seseorang individu, tampil berhadapan dengan khalayak ramai dengan lebih yakin.
Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, maka bermulalah product hunting/ misi memburu produk yang dijual di pasaran. Bagi seorang wanita, produk kecantikan memang tidak boleh dipisahkan lagi. Termasuklah empunya diri yang menaip entry ini. Smile. Untuk hari ini, Shad nak share satu produk terbaru dari Oceanlife, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Rata-rata sudah mengenali Ephyra bukan. Sebelum ini, Shad pernah mencuba sabun muka, Ephyra Skin Bar dan ternyata dengan penggunaan yang berterusan /consistent ia mampu memberikan kesan yang sangat positif kepada kulit wajah.
Selain Ephyra Skin Nano Advance Serum dan Ephyra Skin Bar, produk yang menjadi bualan ramai keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd termasuklah, supplement Ephyra, botanical drink Inteemor dan M2Flex. Opss, tapi entry hari ni nak bercerita tentang serum Ephyra Skin Nano. Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kalau kita mengetahui sedikit latar belakang Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum.
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
Sesuai untuk semua jenis kulit. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.
BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.
BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT
Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit :
MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.
MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.
MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.
10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
1. Mengecutkan jerawat
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur
4. Menghilangkan bintik – bintik hitam
5. Mencerahkan kulit kusam
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah
8. Menghilangkan lebam bawah mata
9. Merawat kulit terbakar (sunburn)
10. Memberikan efek kilauan pada wajah
Full Review Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
First Impression: Un-boxing Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum.
- Packaging Cantik. Botol Ephyra Skin Nano serum ini sangat cantik. Botol kaca tebal jenis yang tidak mudah pecah bewarna coklat gelap jernih/ transparent. Memudahkan pengguna untuk tengok baki serum yang tinggal. :)
- Mesra Pengguna. Saiz yang sesuai untuk dipegang (fit nicely in my palm), mudah dibawa ke mana-mana (kalau perempuan sesuai sangat kalau nak letak dalam handbag ataupun letak dalam beg barang make-up).
- Mudah Diguna dan Hygiene. Serum ini dilengkapi dengan dropper yang sangat memudahkan dan sangat menjaga kebersihan dan kualiti serum. Maksudnya, kita tak perlu nak celup guna jari. Jadi, tak adalah segala habuk atau kuman di jari termasuk sekali dalam botol serum. :)
Cecair Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair
- Bau Fresh. Cecair Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair ini mempunyai bau yang sangat segar/ fresh. Jika sebelum ini anda pernah menggunakan Ephyra Skin Bar, ya baunya seakan-akan sama.
- Cecair Pekat. Serum ini dalam bentuk cecair pekat. Clear with a bit white. Boleh dikatakan agak jimat. Dengan hanya setitis kecil/ small drops, dah boleh cover keseluruhan wajah kita.
- 15ml cecair serum. Penggunaan di waktu siang dan waktu malam, 15ml can last longer. Boleh tahan lama. Minimum 3 hingga 4 minggu, atau lebih bergantung kepada penggunaan individu.
Penggunaan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
- Pantas Menyerap. Masa yang di ambil untuk serum ini menyerap masuk ke dalam kulit sangat cepat. Just 15-20 second and you are all ready. Jimat masa iolls.
- Tak Melekit. Suka untuk highlight point ni. Jujurnya, selepas apply serum Ephyra Skin Nano ini, muka memang tak ada rasa melekit langsung. I like!! Cecair Ephyra Skin Nano serum langsng tak melekit.
- Tak Berminyak. Muka pun tak ada rasa berminyak selepas apply serum ni. Walaupun selepas berjam-jam pakai serum ini, muka still tak berminyak. Nampak segar sentiasa. Love it!! (I have normal skin type). Bahagianya rasa. Tau sajalah kan, muka kalau berminyak, memang cepat comot bila apply make-up.
- Segar dan lembab. Kulit wajah rasa segar dan melembab selepas apply serum ini.
Penggunaan Konsisten Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
Lebam bawah mata makin berkurang. Alhamdulillah, lebam bawah mata dah makin berkurang selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano. Shad memang dari dulu lagi ada masalah lebam di bawah mata. Faktor keturunan, tidur kurang cukup ditambah pula komitmen kerja harian yang memerlukan lebih banyak masa berhadapan dengan laptop dan gadget menyebabkan bawah mata menjadi semakin gelap. Selepas menggunakan Ephyra Skin Nano Serum selama hampir dua minggu, alhamdulillah ada perubahan positif. Lebam bawah mata semakin hilang.
Kulit wajah tampak lebih cerah, lembab dan berseri-seri. Selepas menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, muka Shad tampak lebih cerah, berseri-seri, segar dan lembab. Dengan cuaca panas sekarang ni, kulit jadi cepat kering terutamanya kulit muka yang sering terdedah dengam matahari. Dengan Ephyra Skin Nano Serum ini, wajah tampak lebih bermaya dan fresh sepanjang hari. Dalam masa yang sama, serum ini yang kaya dengan anti-oksidan dapat melindungi kulit dari sinaran UV. Selamat tinggal kulit kusam. Kulit pun terasa lebih anjal. Garis bawah mata pun ada nampak kurang.
Parut jerawat pudar. Satu lagi masalah besar Shad, parut jerawat. Biasalah perempuan, ada masa masa tertentu, kulit wajah akan naik jugak sebiji dua jerawat. Hormone. Jerawat yang naik selalu akan tinggalkan kesan parut hitam di wajah sebab Shad jenis yang tangan tak boleh diam. Mesti nak picit jugak jerawat tu. Ada ka yang macam Shad? Hehe. Bila dah berparut, kulit Shad sangat susah dan makan masa yang lama untuk parut pudar. Stress jugak kadang-kadang.
Apa yang bestnya, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini membantu untuk mengecutkan jerawat dan dalam masa yang sama boleh memudarkan parut jerawat di wajah. Tapi apa-apa pun, it takes time. Bergantung kepada betapa serious masalah kulit masing-masing. Muka shad memang jenis lambat nak pudar parut. So it takes times to fade away. Tapi pakai Ephyra Skin Nano ni rasa macam parut lebih cepar pudar.
Very Recommended. Shad sangat berpuas hati selepas menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Shad sarankan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit wajah seperti jerawat, parut jerawat, kulit kusam, kulit kering, tona tidak sekata, sunburn boleh mencuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini. Serum ini tidak melekit dan tidak berminyak selepas sapuan. Pantas menyerap dan partikel serum akan bertindak memulihkan kulit wajah kita dari dalam disamping kaya dengan anti oksidan yang boleh melindungi kulit dari sinaran UV. Dengan penggunaan yang berpanjangan, mendapatkan kulit wajah idaman bukan lagi satu masalah dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Give it a try all. Worth buying.
*Disclaimer - Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Review. Sponsored post. The product was sent to me for product review. I spent my personal time writing on this blog post. This review is based on my personal experience after using the product. They may varies with other person considering individual type of skin.
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
Nett : 15ml
Harga: RM 88 (Sem.Malaysia) /RM 92 (Sabah/Sarawak)
Harga Promosi : RM 68 (Sem. Malaysia) /RM 72 (Sabah/Sarawak)
Boleh dibeli secara online melalui : www.oceanlife2u.com atau
Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779
Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779
Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan
Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/toko jamu.
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Website : www.oceanlife2u.com
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577
0 Comment
Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You