6 Perkataan Menggambarkan Diri | Day 5
Greetings and Assalamualaikum to all.
6 Perkataan Menggambarkan Diri | Day 5. Berjam-jam fikir, tapi entry ni still suci murni dari tadi. I'm stuck. Tak tau nak taip apa you. 6 words to describe myself eh? Dari segi apa nak describe ya. Luaran ka sifat? Anything should be okay right. This is my blog rite. Haha. Jomlah baca apa yang ada kat bawah ni. Mana tau, kita sama. High five dua kali.
Simple
I always am. Segalanya simple. Pakaian simple, fikir pun benda simple, tak perlu nak complicated sangat. Jenis yang tak kisah sangat dengan pandangan pelik manusia. Contoh simple Shad, masuk pasaraya pakai track suit baju lusuh, tudung lusuh, tawaf satu pasaraya dengan muka innocent. Apa ada hal dengan pandangan pelik orang. Nak terjah tempat jual buah sayur je pun. Haha. Kalau pakai cenggituu, masuk kedai branded, tak pun kedai jual barang limited edition ke, memang wajar lah orang tengok pelik. Haha. Even so, benda tu tak mengganggu norma hidupku pun. Haha. Your eyes, that's yours. Hehe. Selagi mana pakaian itu menuntup aurat and decent, pakai je lah. Nasib baik ada common senses lagi, kalau tak dengan baju tidur corak bunga-bunga boleh sampai pasaraya. Haha.
Biru
Shad suka warna biru. Dulu kini dan akan datang. Maybe. Hehe. Birunya langit, birunya laut semua shad suka. Kalau nak beli apa-apa pun, mesti akan terpandang yang warna biru dulu. Biru gelap especially. Handbag biru. Wallet biru. Kasut biru. Phone case biru. Baju pun banyak warna biru. Skirt pun banyak biru jugak. Ahaaa, towel pun biru jugak lah. Sarung bantal? Pun biru. Waaah, tetiba macam "Aku ke yang pilih semua warna ni? Banyak warna biru lah." Sebab kadang-kadang tu, tak pernah pun set dalam minda nak ada/ beli/ guna warna favourite ni. Shad kan simple, guna je lah apa yang ada. Hehe. Kebetulan yang berulang-ulang ini dinamakan jodoh. Berjodoh dengan warna biru namanya. Hehe.
Tak Cerewet
I'm not a picky eater. Tak cerewet langsung bab makan. This is me. Makan saja apa yang ada di depan mata. Sedap ka tak sedap ka, semua shad makan. Asalkan makanan namanya. Just, maybe ada yang terlebih suka dan terkurang gemar je lah kot. Tapi semua boleh masuk tekak. Semua boleh masuk tekak tak berminat saya kuat makan. Haha. I am a small eater too. Jenis yang makan sikit. Bukan tak mau makan banyak sebab jaga badan or diet, tapi memang tak boleh makan banyak. Kalau makan lebih sikit, mulalah nak pening kepala, rasa sebu perut, rasa nak vomit lah. Macam-macam. Ni perut pulak jenis cerewet. Me is tak cerewet. Haha. Tapi bagus jugak. Maintain 39kg je sekarang. Ringannya shad!! Patutpun ramai cakap shad makin kurus. Dulu-dulu 45kg kot my berat badan. OK stop this topic. :) Next point please.
Suka Senyum
Mak shad selalu pesan, "Kalau jumpa orang, sama ada yang kita kenal ataupun tak kenal, maniskan muka. Senyum". Bukannya payah pun nak senyum. Cuba bayangkan, hanya dengan senyuman, boleh dapat kawan baru and people rasa comfortable being with us. Sebab senyum sahaja, a stranger becomes a friend. Sikit masa lagi, sebab senyum je, boleh dapat mak mertua pulak ka kan. Haha. Jauh kau berimaginasi shad oi. Orang yang suka senyum ni awet muda tau. Hehe.
Berdikari
Since umur shad 13 tahun lagi, ayah dah hantar shad duduk asrama. Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5, dekat asrama puteri Maktab Mahmud Alor Star. Tingkatan 6, shad duduk rumah sewa dekat dengan Maahad. Still dalam Kedah lagi, tak lah rasa jauh sangat kan. Boleh balik rumah bila hujung minggu. Lepastu masuk Uni (USIM, Nilai), semestinya duduk asrama. Nilai - Jitra jauh tuu. Hee. Sebabkan dah biasa berjauhan dengan family, tak adalah rasa nak menangis. Dah besar kan. 19 tahun masa tu. Berjauhan dengan family dengan harapan nak menuntut ilmu. This time, memang kena berdiri di atas kaki sendiri. Semua benda, shad latih diri untuk buat sendiri. Sampai bila kita nak mengharap dan menempel kebaikan dari insan lain. Selalu is not good. Sometimes, it needs. Sebab yang namanya manusia, takkan boleh hidup seorang diri atas muka bumi ni. Alhamdulillah, segala cabaran dan ujian dapat tempuhi dengan penuh kesyukuran dan jayanya. Syukur dipertemukan dengan semua sahabat yang banyak membantu dan memahami. Thank you all. If anyone of you yang ada terbaca this entry, you know who you are. :) Thank you friends. So, lepas habis timeline pergi menuntut ilmu di tempat orang, umur 24 baru saya stay with my family. Sekarang dah 26. Isn't the right time untuk merantau ke tempat orang lagi? May Allah bless. Dialah sebaik-baik perancang.
Pendengar
Jap, macam pelik sikit perkataan kat atas ni bila a word macam tu sahaja. I am a good listener. Ini yang nak bagitau sebenarnya. Saya seorang pendengar yang baik. Kalau nak luah perasaan, nak bercerita dan sudi nak share masalah, here I am. My ear are all yours. People said that, I seem to have the counselor vibes. Ada aura pakar counseling. Hehe. Thank you for the compliments. But, diri ini pun tak habis lagi nak di kaunseling dan disekolahkan. Hoho. I can be a good listener, but don't really think that I can give a super duper good advices.
So, that's all a bit about me. Taip punya taip, panjang pulak entry ni. Nasib baik mintak 6 saja. Kalau 10 ka, boleh masuk pertandingan menulis essay. Thank you #jdtblogger for the segment. Meriah blog shad dengan #31daybloggingchallenge ni. Thank you yang sudi drop by, will visit you back dear readers.
6 Comment
berdikari...sama jugokkk...sebab duk hostel...form 1-5..he heee
ReplyDeleteHi berdikari woman. Hehe. Budak asrama here.. 😍😍
Deletewarna biru plak ke...bkn shad suka purple? ke salah? haha..
ReplyDeletejom komen entry wawa plak..
http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-5.html
akak pun makan x berapa cerewet la janji boleh makan hehehe
ReplyDeletehi, saya datang singgah sini sambil follow awak..Good Luck! :D
ReplyDeletekita lebih kurang sama especially yang biru tu. meheheh
ReplyDelete*a visit back from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-5-6-perkataan-menggambarkan-diri.html
Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You