List Nama Samaran | Day 16

by - January 20, 2017

Greetings and Assalamualaikum to all.

List Nama Samaran | Day 16. Rasanya Shad tak ada sangat nama samaran. Sebab I am not a stalker. But I am a secret admirer. Hehe. Satu sahaja rasanya yang Shad selalu guna. Shadhira. Ada orang ingat ini nama real Shad tau. Rahsia terbongkar bila Shad tukar nama dekat Fb. Letak nama real Siti Norsharifah yang sebelumnya Sha Dhira San. 

Shadhira
Sebenarnya Shadhira ini gabungan dari dua nama. Sharifah dengan Nadhirah. Sharifah nama shad. Nadhirah nama adik shad. Maka terhasillah nama sha-dhira. Memang ada kawan-kawan dekat uni yang panggil shad dengan nama Shadhira @ Dira. But I do love people calling me Pah instead of Dira. Lagi mesra gitu rasanya. Dan memang ramai pun yang panggil nama Pah. Hehe. Rasa tak kemesraan itu bila panggil nama Pah? Hehe. 

shadee

Shadee
Ini nama pena shad untuk semua kerja-kerja design. Graphic Designer Shadee. Haa macam tu lah lebih kurang. 

Sasuke
Aha, ada satu lagi rasanya kalau tak salah shad. Pernah guna nama Sasuke (watak dalam anime Naruto). Tapi dah tak ingat guna dekat mana. Dah terkubur dah rasanya nama tu. Lama tak guna. 

So itu sahaja rasanya setakat yang Shad ingat untuk nama samaran. Kalau nak ikut nama panggilan, memang banyak nama. Family belah ayah panggil Shad, Along. Ada yang panggil Shipah. Family belah mak panggil Shad dengan nama Siti. Kawan-kawan pulak ramai panggil Pah, Ipah. Ada jugak yang panggil Sha, Dira, Shadhira, Shad. Banyak betul nama panggilan. Cuba kalau ada nama ringkas. Macam Izzah ka. Confirm semua orang panggil Izzah. Eh, nanti ada jugak yang panggil Zah kan? Hehe. Macam-macam. 

Tak kisahlah apa pun panggilan, janji ada makna yang baik. Lagi bagus kalau kita biasakan menyebut nama penuh seseorang. Barulah ada makna setiap panggilan itu. Contoh Sharifah. Maksudnya yang mulia. Kalau cut jadi Pah sahaja, sekadar panggilan sahajalah kan. 

Okeylah. Cukup lah membebel hari ni. Maaf entry kosong kurang berisi. Thank you for reading. Entry ini khas untuk jdtbloggingchallenge.

You May Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You