Tarikh Akhir Kemaskini Permohonan BR1M 13 Januari 2017
Greetings and Assalamualaikum to all.
Tarikh Akhir Kemaskini Permohonan BR1M 13 Januari 2017. This is just a short entry. Mild reminder kepada yang belum lagi mengemaskini maklumat BR1M. Termasuklah saya sendiri. Like seriously memang tak teringat langsung nak kemaskini maklumat. Busy buat apa pun tak tahulah. Ini pun sebab ternampak iklan dekat TV. Tarikh akhir kemaskini permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) adalah pada 13 Januari 2017. So, masih ada masa lagi bagi yang belum berkesempatan.
Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Untuk makluman, tempoh permohonan BR1M 2017 telah dilanjutkan dari 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017.
Link kemaskini maklumat BR1M secara atas talian: https://ebr1m.hasil.gov.my
Pastikan jangan tersalah update dan memberikan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ya. Aplikasi secara online/ atas talian hanya di https://ebr1m.hasil.gov.my. Atau boleh juga ke kaunter cawangan LHDNM yang berhampiran bagi tujuan permohonan BR1M 2017.
PERINGATAN
MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:
a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/
Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
Untuk makluman, LHDNM juga tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berikut adalah bukan milik LHDNM:
+6016-830-1970
+6016-736-9364
+6016-594-7475
LHDNM menerima aduan dimana terdapat permohonan BR1M 2017 yang dikemukakan kepada pihak ketiga telah dikenakan bayaran. Untuk makluman, kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M 2017. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk hadir terus ke cawangan LHDNM yang berhampiran bagi tujuan permohonan BR1M 2017.
Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my
Okey done. Yang belum kemaskini tu, harap berbuat demikian ya. Individu bujang, untuk permohonan baru pun, silalah ya. RM450 boleh buat bayar roadtax and my insurans kereta. Hehe. :P
Okey done. Yang belum kemaskini tu, harap berbuat demikian ya. Individu bujang, untuk permohonan baru pun, silalah ya. RM450 boleh buat bayar roadtax and my insurans kereta. Hehe. :P
2 Comment
beruntung la jika dapat BR1M..
ReplyDeleteAM juga yang tak dapat..
Sabor je la..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Hehe. Buat bayar road tax dengan insurance kereta along Am. Sekali je habes.. Duit oh duit.. 😂😂
DeleteGreetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You