Cerita Seram Kegemaran | Day 23

by - January 27, 2017

Greetings and Assalamualaikum to all. 
Perhatian: Jangan baca entry ini pada waktu malam. 

List Cerita Seram Kegemaran | Day 23. We meet again for another challenge. Apa yang menyeramkan sebenarnya? Definisi seram kalau ikut shad simple, seram ialah suatu keadaan atau perasaan yang membuatkan seseorang berasa takut, seram sejuk. 

Dan secara jujurnya, Shad bukan jenis stok-stok berani. Cerita seram contohnya cerita hantu paling general dan cerita-cerita pembunuhan, memang tak ada langsung dalam simpanan Shad. Satu pun tak download, satu pun tak simpan. Pernah tengok tapi dekat laptop kawan-kawan ataupun laptop adik sebab dia minat cerita seram. Itupun Shad akan tengok beramai-ramai. Dan Shad orang yang akan jerit paling kuat bila masuk part-part yang zaapp jantung. Orang lain terjerit sekali sebab terkejut Shad punya jerit kuat tadi. Hehe. Dan satu fakta lagi. Shad tak akan pernah mengulang lagi sekali cerita seram yang dah pernah tengok tu. Seram kot nak ulang tayang.

So Shad list kan beberapa cerita seram yang seram bagi Shad yang Shad pernah tengok. Skala kecil sajalah ceritanya ya, sebab orang penakut mana berani nak tengok layan banyak cerita seram ni. Hiiiihhiiiihihi. 

jengka filem seram 2015

Jengka
Cerita ni paling seram sekali bagi Shad. Cerita ni merupakan rakaman sebenar kisah tragedi keluarga Along Hafiz yang dirakam menggunakan camcorder dan di selang selikan dengan lakonan semula. Cerita ini bermula dengan kisah seorang wanita bernama Nini yang tengah sarat mengandung. Dia dan suaminya bercadang nak balik ke kampung si isteri di Jengka, nak lahirkan baby di kampung. 

Kisah seram ni bermula apabila suami isteri ni mula bergaduh besar dekat kampung sebab Nini dapat tahu yang suaminya curang lagi, ada perempuan lain. Siangnya tadi pun dah gaduh dah. Lepas bergaduh teruk lagi sekali malam tu, Nini macam tak boleh nak kawal diri, terus dia berlari masuk ke ladang kelapa sawit yang gelap seram sejuk tu dan menghilangkan diri. Dipercayai memang wujud makhluk lain di situ. 

Lepas tau Nini hilang kat dalam ladang kelapa sawit tu, terus Along Hafiz (abang Nini), Basir (Suami Mimi), Nyon (kawan along Hafiz) pergi cari Nini. Masuk ja dalam kebun gelap tu, memang semuanya seram dan menyeramkan. Camcorder memang diorang on. Dari siang waktu Nini dengan Basir sampai lagi, Along Hafiz dah ditugaskan untuk rakam aktiviti di kampung, sempena nak sambut baby baru. 


Cerita seram tu memang bermula dekat dalam ladang kelapa sawit tu. Nini yang dah sarat mengandung tu, dengan perasaan yang terganggu lagi, keadaan dia tengah lemah, memang 'banda-benda' ni suka nak kacau. Sampai-sampai bila abang dengan suaminya jumpa Nini, perut Nini dah kempis dan penuh dengan darah. Terberanak kat dalam ladang kelapa sawit tu dah. Baby pun hilang tak jumpa. Tiba-tiba diorang dengar suara baby menangis. Along Hafiz dengan Nyon pergi makin dekat dengan suara baby tu dengan harapan jumpa anak Nini. Sekali, ternampak ada lembaga macam anjing macam tengah makan sesuatu. Macam daging. Macam uri. Tak tau itu baby ka apa. Suara baby dah tak ada dah. 

Nini pun dah lemah sangat time tu. Diorang bawa Nini balik rumah dulu, panggil ustaz berubat Nini. Dah kena ganggu makhluk halus dah Nini time tu. Dah selesai tenang dah semua pasal Nini. Lepastu tiga-tiga diorang (Along, Basir, Nyon) sekali dengan 2 orang Ustaz masuk balik dalam ladang kelapa sawit, cari baby. Tiga-tiga diorang masing-masing dah bermacam perasaan, stress. Dan banyak lagi sebenarnya kejadian seram sepanjang malam tu. Kisah Basir cabar makhluk penunggu, kisah Nini yang lari masuk ladang semula dan hilang lagi sekali dan banyak lagi. Panjang lagi kisah ni. Kalau tengok rakaman sebenar punya, memang zaappp, menyirap jantung. Han** dengan p*n*nggu nampak depan-depan kot. Gila punya seram. Peminat cerita seram, mesti tengok cerita Jengka ni. 10/10 bintang. Real gila! 

Banyak pengajaran jugak dari kisah ni. Memang betul orang cakap, kalau masuk hutan atau tempat-tempat seram jangan cakap besar. Disebabkan Basir yang mulut lancang mencabar, dia mati dengan keadaan yang sangat tersayat malam tu dekat ladang kelapa sawit. Sadis gila. Lepas tu, kena bekalkan jugak ilmu di dada dengan ayat2 pelindung. Hafal ayat Kursi bagi lancar. Sebut kalimah Allah di bibir. Kena kuatkan dalaman kita juga. Cakap memang senang kan, tapi bila benda dah berlaku di depan mata baru kita tahu apa rasanya. Nauzubillahi minzalik. Apa-apa pun kita sama-sama doa semoga dijauhkan dari benda-benda yang tak diingini. Semoga Allah pelihara kita semua. Amin. 

P/s: Dalam banyak-banyak tempat-tempat, kenapalah Nini nak lari masuk dalam ladang kelapa sawit tu. Kun fayakun. Tudiaa, dah macam buat review cerita seram Jengka pulak. Siap boleh ingat lagi jalan cerita tuu. Next cerita seram please. 


Penunggu Istana
Sekumpulan pelajar nak buat kajian kisah paranormal (maybe. Sebab Shad main tututp bukak mata tengok cerita ni). So diorang decided untuk buat rakaman dekat Istana lama. Diorang pasang agak banyak jugak stand camera untuk dapatkan rakaman each second dekat dalam Istana lama tu. Dan memang seram jugak kat dalam Istana lama tu pun. Sampai akhir-akhir tu, kawan diorang yang kena rasuk tu, bunuh kawan yang lain. Sungguhpun ini pelakon yang belakon, seramnya tu ada. Naik bulu roma. 6/10 bintang. 


Highland Tower
Lagi satu cerita yang seram bagi Shad ialah Highland Tower. Sama macam cerita Penunggu Istana jugak lebih kurang. Sekumpulan pelajar (kalau tak salah) nak buat footage tentang kisah paranormal di Highland Tower (bangunan runtuh pada tahun 1993 dan meragut lebih daripada 50 nyawa). So diorang pun mulalah buat base dekat bangunan lama tu. 

Memang dah nampak, dah dapat record 'sesuatu' yang diorang cari tu. Mula-mula macam rasa dah cukup dah footage, tapi dah alang-alang ada dekat situ, so diorang decided untuk dapatkan lebih banyak footage. Start dari situ, memang banyak jugak benda yang jadi. Kena rasuk dah semestinya. Memang ada nampak bayang 'sesuatu' itu berkeliran. Sumpah, seram jugak cerita Highland Tower ni. Sebab macam real kot semua rakaman tu semua. And I don't know, sama ada memang betul-betul real footage or not. Bintang? 7/10

Apa-apa pun, jin, syaitan dan makhluk halus ni memang wujud. Makhluk ciptaan Allah semuanya. Macam yang Shad cakap dekat atas tadi, kita kena bekalkan diri dengan ilmu di dada. Dan mintak lindung dari Allah dari segala benda ini. Everything happen for a reason. Right? May Allah bless us. 

Thank you all for reading this seram entry. Shad pun seram menaip tengah-tengah malam cenggini.
Credit gambar : Google

You May Also Like

1 Comment

  1. ada tengok gak filem jengka tu kat TV haha, seram gak sebab tengok masa tengah - tengah malam, lepas tengok tu boleh plak takut nak ke tandas hehehe.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You