Bila Start Blogging | Day 22
Greetings and Assalamualaikum to all.
Bila Start Blogging | Day 22. People ask me, best ke buat blog. Senang tak nak buat blog. Tengok macam best je dapat banyak barang, banyak produk. Jujurnya, wujudnya blog shad pada awalnya sebab shad dah terpengaruh dengan kawan blogger yang suka join giveaway. Dia lah yang mengajar Shad dan menghasut shad buat blog. Bermula dari situlah munculnya blog akuvsdiashadhira. Tengok URL pun dah tau kan. Nampak sangat URL tak professional. Ya lah sebab mula-mula buat blog dulu pun sekadar suka-suka. Tak sangka pulak sampai 6 tahun ada lagi blog ni.
Sedikit demi sedikit Shad membaca dan hadam ilmu blogging, memang banyak lagi yang perlu belajar kalau betul-betul nak jadi blogger sepenuh masa. Dan memang best sebenarnya ada blog ni. Boleh jadi tempat luah segala perasaan. Tempat untuk sharing segala ilmu dan berkongsi pengalaman. Tempat untuk lepaskan segala passion yang kita ada. Contohnya kita suka sangat-sangat pasal make-up dan tahu banyak tips kecantikan, so jangan diperam ilmu dan tips itu, berkongsilah di blog. Nowadays people will search online on everything they wanna know.
Dan dari passion tadi sebenarnya you can make money. Ahaaa, this one mesti ramai yang suka kan. Ramai yang dah berjaya buat duit dengan blog. Yes it is. Tapi perlu diingat, niat kita kena betul dan pilih jalan yang betul untuk dapat sumber halal dari blog. Kalau yang dah sedia berblogging, dah lama berblog, you should know this. For those yang baru nak berjinak-jinak, shad sarankan untuk lebih banyak membaca dan membaca. Gain knowledge and here you goes. Berblog lah dengan bermaruah. Jadilah seorang blogger yang mempunyai credibility dan ada identity sendiri.
Average pageview setiap hari di blog Shad dalam 1k sahaja. Walaupun nampak sikit bagi orang lain, tapi ia sangat bermakna buat Shad. Terharu, rupanya ada yang datang singgah walaupun Shad jarang update blog. Tahun ni nak aktif semula lah. InsyaAllah. Perjalanan untuk gain followers and readers bukannya mudah sebenarnya. But nothing is impossible. So, shad dah mention belum bila shad start blogging? Macam belum je kan. It is 2010. Tahun shad ada laptop sendiri. Tahun shad kenal apa itu internet dan wifi. Terima kasih kepada yang membantu secara langsung dan tidak langsung.
Thank you again all. Lot of love, Shad.
0 Comment
Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You